Jumaat, 30 Ogos 2019

BINA AYAT TENTANG CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA

CONTOH BINA AYAT TENTANG CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA



1.Ibu bapa hendaklah menyayangi anak-anak dan memberi perhatian yang sewajarnya di rumah.


2.Ibu bapa mesti meluangkan masa bersukan bersama anak-anak untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.


3.Anak-anak perlu ditemani ibu bapa ketika belajar atau membuat ulang kaji di rumah.


4.Anaka-anak harus belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat ijazah sebagai menghargai pengorbanan ibu bapa.


5.Anak-anak sewajarnya menjaga ibu bapa yang telah tua sebagai membalas jasa mereka kepada kita selama ini. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan